rap

Orang lain menipu, Soimah jadi mangsa!

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PENYANYI dangdut, pengacara dan pelawak Indonesia, Soimah menerusi Instagramnya berkongsi mengenai penipuan yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab dan menggunakan namanya untuk menipu masyarakat. 

Dalam muat naik itu, Soimah atau nama sebenarnya Soimah Pancawati menegur sikap individu itu dan meminta masyarakat supaya berhati-hati. 

"Ridira (nama individu yang menggunakan namanya untuk menipu) ini siapa ya?  Bawa nama dan foto saya, bagi-bagi (hadiah). Pembohong, aku tidak bagi hadiah-hadiah begitu. 

"Jangan percaya sama orang yang menggunakan nama saya walaupun apa syarikat atau jenama sekali pun," tulisnya. 

Tambah juri program D'Academy Asia itu lagi, namanya juga sering digunakan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab sehingga dia diminta untuk membayar cukai. 

"Dari Sabang sampai Merauke, semuanya dikatakan jenama milik Soimah. Jenama inilah, jenama itulah. Kemudian aku yang dikejar untuk bayar cukai," tulisnya. 

Muat naik itu, menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya termasuklah deretan selebriti yang menyarankan supaya Soimah membuat laporan polis. 

Selain nama Soimah, antara nama selebriti lain yang turut menjadi mangsa adalah Baim Wong dan Raffi Ahmad. 

Disiarkan pada: August 30, 2020 @ 9:34am
d