rap

Canggung versi Khai Bahar, Azzam Sham dapat pujian

Oleh Sudirman Mohd Tahir

 

PERSEMBAHAN duet peserta Big Stage musim ketiga, Azzam Sham dengan penyanyi popular, Khai Bahar menerusi lagu Canggung mendapat pujian ramai.

Bukan sahaja dalam kalangan peminat di laman sosial, tidak ketinggalan beberapa penyanyi terkenal tanah air yang memuji gandingan mereka.

Antaranya daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adibah Noor dan Lah Ahmad.

Menurut Siti, Azzam penyanyi yang bagus selain menyampaikan lagu asal dendangan Wany Hasrita itu dengan relak.

"Bagus dak (budak) Azzam ni ya. Enjoy ja dia nyanyi," katanya.

Sementara itu, Adibah Noor menyifatkan kolaborasi Azzam dan Khai mengembalikan aura Datuk M Nasir dan Datuk Jamal Abdillah.

"Khai Bahar dan Azzam Sham bagi 'vibes' Datuk Jamal dan Datuk M Nasir on," katanya.

Bagi juri jemputan pada program itu semalam, Lah Ahmad turut memuji nyanyian Khai.

"Terbaik persembahan Khai Bahar. Pertama kali dapat tengok nyanyian secara langsung," katanya.

Selain itu, komen pengguna laman sosial di YouTube pula menyifatkan Khai selaku rakan duet tidak 'overshadow' Azzam selaku peserta yang bertanding.

 

Disiarkan pada: August 31, 2020 @ 4:56pm
d