rap

Pangsapuri mewah Jackie Chan dilelong

Oleh Agensi

KEDIAMAN mewah milik Jackie Chan kini dirampas pihak berkuasa dan disenaraikan dalam senarai lelong.

Dalam laporan media antarabangsa, maklumat mengenai perkara ini masih lagi kabur, namun beberapa sumber percaya bahawa Jackie menjadi sasaran kerana mengelak membayar cukai.

Kediaman mewah yang terdiri daripada gabungan dua unit pangsapuri mewah di daerah Dongmen dekat Beijing, China itu dilelong dengan harga bermula RM43.7 juta.

Ia memiliki keluasan 1,200 meter persegi dengan enam bilik tidur serta tiga ruang tamu.

Pangsapuri yang diduduki keluarga Jackie sejak 2007 itu juga menjadi tempat di mana anaknya, Jaycee ditahan kerana memiliki dan mengedar dadah jenis ganja pada 18 Ogos 2014.

Kediaman itu bakal dibuka untuk bidaan bermula 28 September ini jam 10 pagi.

Disiarkan pada: September 1, 2020 @ 5:34pm
d