rap

Taeyeon rasa kehidupan seakan kosong

Oleh Georgie Joseph

PANDEMIK Covid-19 yang masih menghantui seluruh dunia sekarang sememangnya memberi kesan dalam corak kehidupan ramai orang. Bahkan, ia turut mengganggu emosi sesetengah orang sehingga memberi tekanan jiwa.

Itulah yang dirasakan penyanyi Taeyeon apabila dia akui terasa kehilang besar serta hidupnya kosong akibat Covid-19. Apalagi, banyak jadual kerjayanya sama ada dibatalkan atau ditunda.

"Saya rasa semua orang yang bekerja, bukan setakat diri-sendiri terasa kehilangan dan kekosongan. Saya seperti kehilangan kerja sekarang apabila tidak dapat membuat persembahan.

"Saya terasa ingin mula menangis saja sekarang. Saya cuma mampu bersabar menanti saat-saat saya kembali dapat berjumpa kembali dengan semua," katanya yang sangat kecewa dengan situasi sekarang.

Baginya, keadaan pandemik yang nampaknya tidak mungkin pulih secepat mungkin jelas mengehadkan pelbagai perkara. Dia sendiri dapat merasakan dirinya berada dalam ruang kesepian yang sangat mendalam.

"Semakin teruk keadaan ini, semakin kurang perkara yang boleh kita buat. Ia benar-benar menjengkelkan bukan? Kita terpaksa berjauhan, terlalu bosan di rumah, dan rindu bersarang mahu berjumpa dengan yang lain," katanya.

Demi membunuh gangguan emosi yang membelenggu dirinya, Taeyeon memutuskan untuk aktif adakan siaran langsung di media sosialnya.

Baginya, dia perlu terus memberi kesedaran kepada ramai untuk patuh arahan mencegah penularan pendemik itu.

"Saya mulakan siaran itu untuk bercakap dengan mereka yang terus gigih patuh serta amalkan penjarakan sosial. Masih ramai lagi yang sakit dan keadaan ini berterusan ganggu aktiviti harian kita," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 3, 2020 @ 6:40am
    d