rap

Pegawai Perhubungan Awam dimahkota Miss Universe Malaysia 2020

Oleh Georgie Joseph

PEGAWAI Perhubungan Awam dan model sambilan, Francisca Luhong James, 25, dinobatkan Miss Universe Malaysia 2020 sekali gus menewaskan 17 peserta lain, hari ini.

Gadis kelahiran negeri Bumi Kenyalang itu dimahkotakan pemenang tahun lalu iaitu Shweta Sekhon.

Tempat kedua dimenangi Charissa Chong, 26, dari Pulau Pinang, diikuti Serene Chai, 26 dan Neha Verma, 22 masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Pada pertandingan yang diadakan secara virtual itu, kesemua peserta diadili juri profesional termasuk pengarah dan penerbit Datuk Hans Isaac, pereka fesyen Carven Ong, Miss Universe 2011 dan pengacara, Deborah Henry, serta lain-lain.

Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) memutuskan untuk mengadakan pertandingan itu dengan format berbeza pada tahun ini secara virtual tanpa penonton berikutan langkah berhati-hati terhadap pandemik Covid-19.

Francisca bakal mewakili negara dalam pertandingan Miss Universe 2020 yang masih belum diumumkan lokasi, tarikh, dan butiran lain.

Tahun lalu, Shweta yang berjaya membanggakan Malaysia di Miss Universe 2019. Kostum Kebangsaan diperagakannya satu-satunya terpilih untuk dipersembahkan sewaktu pertandingan itu.

 

Disiarkan pada: September 5, 2020 @ 9:22pm
d