rap

"Baru 'call' petang tadi, aku sayang hang Joy"

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PENYANYI dan pelakon veteran, Hail Amir menerusi Facebook berkongsi keduakaannya atas pemergian sahabat yang juga pelakon, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain.

Dalam hantaran itu, Hail berkata, dia baru menghubungi anak kepada Zulkifli, Dr Norzizi petang tadi.

"Baru call (hubungi) hang petang tadi, tapi dapat bercakap dengan Zizi saja. Aku sayang hang Joy. Kita dua jiwa remaja sampai tua," tulisnya yang disertakan dengan emoji hati.

Mengiringi hantaran yang dimuat naik kurang sejam itu, Hail juga berkongsi dua foto kenangannya bersama arwah.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Insya-Allah," tulisnya.

Zukifli menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 malam tadi di samping isteri tersayang Datin Normala Omar dan lima anak di rumahnya di UkayPerdana.

Disiarkan pada: September 5, 2020 @ 10:59pm
d