rap

Remy Ishak masih malu...

Oleh Najiy Jefri

HAMPIR 15 tahun berada dalam industri seni tanah air, pelakon Remy Ishak mengakui masih sukar menangkis perasaan malu ketika berdepan dengan kamera. 

Pendedahan itu dibuat aktor berusia 38 tahun itu di laman sosial Instagram miliknya. 

"Saya nak beritahu anda satu rahsia. Benda pelik yang saya sendiri pun tak faham fasal diri saya. 

"Saya sebenarnya tak suka bergambar. Tak suka duduk depan lensa kamera. Ada rasa segan dan malu. Sampai sekarang saya masih malu berdepan dengan kamera. Pelik bukan? pelik tapi benar. Sumpah," tulisnya. 

Pengakuan jujur yang dibuat Remy bagaimanapun tidak diterima pelakon Kamal Adli yang menganggap aktor itu berbohong. 

Namun, Remy menegaskan sekiranya dia memiliki keberanian di hadapan kamera pasti dia sudah memasuki program Hero Remaja seperti pelakon itu. 

"Tak tipu Kamal. Ini pengakuan jujur, terimalah kenyataan bahawa aku bukan engkau. Berani depan kamera, dah lama masuk Hero Remaja dan 'tapau' kau dulu," katanya. 

Disiarkan pada: September 13, 2020 @ 3:35pm
d