rap

Penyampai Sinar, Falyq Hikyle dah jadi ayah

Oleh Najiy Jefri

SELEPAS bertarung nyawa hampir 14 jam, akhirnya isteri kepada penyampai radio Sinar dikenali, Falyq Hikyle iaitu Nabilla Raihan selamat melahirkan bayi perempuan, di sebuah pusat perubatan, jam 2 pagi, semalam. 

Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Falyq mengakui isterinya seorang insan yang hebat dan kuat. 

"Allahuakbar. Subhanallah. Alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak pertama kami secara normal. 

"Terima kasih sayang. Awak sangat hebat. 14 jam awak bertarung nyawa seorang diri dalam bilik bersalin untuk melahirkan zuriat kita," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram. 

Menurut Falyq lagi, dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan isteri dan akanya. 

"Terima kasih juga untuk anda yang sentiasa doakan Lala & baby S. Semoga doa yang baik-baik itu di kembalikan kepada anda semula," tulisnya.  

Disiarkan pada: September 13, 2020 @ 4:07pm
d