rap

BCL tak pernah tak rindu Ashraf

Oleh Agensi

PENYANYI dan pelakon Bunga Citra Lestari atau BCL mengambil kesempatan menziarahi pusara suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, kelmarin berikutan perintah larangan sekatan dikuatkuasakan semula di Jakarta bermula hari ini.

Pandemik Covid-19 yang masih tinggi membuatkan kerajaan Indonesia kembali melaksanakan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB).

Perkara ini dikongsi oleh ibu BCL, Emmy Syarif yang memuat naik gambar-gambar mereka di pusara Ashraf di San Diego Hills.

Menurut laporan Tribunnews, hantaran itu turut memuatkan tulisan Emmy iaitu "#Alfatihah utk daddy Ash #menjelang psbb#".

BCL sebelum ini berkata, tidak pernah satu hari pun dirinya tidak merindui Ashraf sejak suaminya itu meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

Dia sentiasa menziarahi pusara suaminya bagi mengubati kerinduan.

Sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Indonesia, mereka hadir dengan mengenakan pelitup muka.

Disiarkan pada: September 14, 2020 @ 9:42am
d