rap

Nicole Poturalski nafi benci Angelina Jolie

Oleh Agensi

TEMAN wanita baru bintang Hollywood, Brad Pitt iaitu Nicole Poturalski menafikan dakwaan mengatakan dia membenci bekas isteri kekasihnya yang juga pelakon popular Angelina Jolie.

Penafian itu diluahkan Poturalski ketika membalas satu komen di Instagram, namun sudah dipadamnya beberapa hari lalu.

"Saya tidak membenci sesiapa pun. Kami mencintai dan saling menyokong. Hidup itu indah," balas Poturalski kepada salah satu komen netizen yang mengatakan dirinya dan Pitt membenci Jolie.

Menerusi laporan People, Pitt dan Poturalski dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dan bercuti bersama di selatan Perancis pada akhir Ogos lalu.

Pasangan itu turut dilaporkan ke Chateau Miraval yang juga lokasi ladang anggur yang dibeli Pitt dan Jolie pada 2011.

"Mereka menghabiskan waktu bersama dan menikmati hari indah berdua. Poturalski seorang wanita berani dan cerdas. Dia sangat menawan serta peramah," kata satu sumber kepada People.

Disiarkan pada: September 19, 2020 @ 4:59pm
d