rap

Zamarul, Diana dapat 'baby boy'

Oleh Sudirman Mohd Tahir

 

Shah Alam: Pelakon, Diana Rafar, 38, selamat bersalin anak ketiga iaitu bayi lelaki seberat 3.57kg di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, kelmarin.

Suami Diana yang juga pelakon, Zamarul Hisham, 49, berkata, anak lelaki kedua mereka itu bakal menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

"Syukur Alhamdulillah atas kelahiran anak ketiga ini. Kelahiran yang bakal menceriakan lagi keluarga kami. 

"Terima kasih Allah atas rezeki yang diberikan. Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuatkan papa terasa semakin muda.

"Terima kepada kepada peminat yang sentiasa mendoakan Diana. Ingatkan 'baby' nak keluar 16 hari bulan, rupa-rupanya dia nak hari Jumaat juga. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan," katanya.

Sementara itu, Diana turut mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa yang diberikan.

"Terima kasih Allah. Terima kasih semua yang mendokan kami. Syukur Alhamdullilah atas segala nikmat dan kurnia Allah.

"Semoga Allah balas jasa baik semua yang tak putus mendoakan kami. Sayang anda semua," katanya.

Diana dan Zamarul yang berkahwin pada 16 Mei 2009 dikurniakan dua cahaya mata, Kashfi Haiqal, 10, dan Kayla Reysha, dua tahun.

Disiarkan pada: September 20, 2020 @ 9:26am
d