rap

Zendaya pemenang termuda Anugerah Emmy kali ini

Oleh Agensi

Los Angeles: Pelakon dan penyanyi Zendaya, 24, melakar sejarah menjadi pemenang termuda trofi Pelakon Utama Wanita Terbaik di Anugerah Emmy yang berlangsung secara virtual, hari ini.

Zendaya memenangi kategori itu menerusi drama lakonannya Euphoria sekali gus mengenepikan nama besar lain termasuk Jennifer Aniston dan Laura Linney.

Menerusi ucapannya, dia mendapat inspirasi untuk terus meninggalkan impak serta membawa perubahan besar daripada orang seusia dengannya.

"Saya cuma mahu katakan bahawa ada harapan untuk setiap orang muda di luar sana. Saya kagumi apa juga usaha yang kamu lakukan di mana anda berada.

"Ini adalah sangat luar biasa. Terima kasih," katanya selepas kemenangannya diumumkan.

Tahun lalu, kategori itu dimenangi Jodie Comer pada usia 26 tahun dan memegang rekod terbabit. Bagaimanapun, tahun ini rezeki nampaknya menyebelahi Zendaya.

Disiarkan pada: September 21, 2020 @ 7:59pm
d