rap

Sudah lima tahun tiada kekasih

Oleh Agensi

New York: Aktres Charlize Theron mendedahkan sudah lima tahun tidak bercinta dan mahu menjalin hubungan dengan lelaki yang penuh permainan hidup.

Theron, 45, berkata, tiada sebab dirinya kembali bercinta jika lelaki itu tidak membawa perkara baharu dalam hidupnya.

"Saya pernah bercinta beberapa kali namun sudah lima tahun tiada kekasih. Saya rasa diri dalam fasa yang mana kamu perlu hadir dengan pelbagai permainan hidup.

"Bukan jenis permainan yang kamu fikir permainan biasa itu. Permainan yang boleh membawa perkara baharu buat saya memandangkan kehidupan saya sekarang memang sangat seronok.

"Saya tidak akan menerima jika apa yang ditawarkan kurang daripada apa saya harapkan," katanya menjelaskan kriteria kekasih yang dicarinya buat masa sekarang.

Theron mengakui dia bagaimanapun tidak pernah berasa sunyi meskipun tiada kekasih. Menurutnya, dia bahagia dengan hidupnya bersama dua anak angkat, August dan Jackson.

Pelakon Mad Max: Fury Road terbabit pernah menjalin hubungan dengan Stuar Townsend sejak 2002 namun berpisah pada 2010. Dia turut bercinta dengan aktor Sean Penn pada 2013 hingga 2015.

Disiarkan pada: September 22, 2020 @ 10:36am
d