rap

Konsert virtual Arvil Lavigne bantu pesakit lyme

Oleh Agensi

 

Los Angeles: Penyanyi Avril Lavigne, 36, bakal mengadakan konsert virtual pada 24 Oktober depan bagi membantu penghidap penyakit lyme menerusi pertubuhan amal miliknya, The Avril Lavigne Foundation dan Global Lyme Alliance.

Lavigne yang juga penghidap penyakit itu mengakui teruja beraksi pada konsert berkenaan dan menjanjikan persembahan menarik untuk dikenang.

"Saya sangat teruja bagi peminat dan rakan-rakan dari seluruh dunia untuk menyertai saya serta beberapa tetamu jemputan demi #FightLyme yang semestinya memberi manfaat kepada komuniti lyme.

"Segala butiran dan perkembangan terbaru mengenai konsert ini akan dimaklumkan kelak. Saya menjanjikan sebuah persembahan yang penuh harapan, karya terbaik, dan kejutan mengujakan," katanya.

Ia sekali gus menjadikan konsert itu satu-satunya persembahan daripada Lavigne untuk tahun ini. Kedua organisasi terbabit menyediakan khidmat sokongan, sumber, dan dana kepada pesakit lyme yang menjangkiti lebih 30,000 penduduk di Amerika Syarikat setiap tahun.

Terdahulu, penyanyi When You're Gone itu mendedahkan dia menghidap penyakit terbabit sejak 2015. Dia kemudian terbuka bercerita mengenainya di mana menurutnya dia tertekan sewaktu awal-awal disahkan ada penyakit lyme.

 

Disiarkan pada: September 22, 2020 @ 1:10pm
d