rap

Syahrini, Reino bahagia

Oleh Norhayati Nordin

SEJAK mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, Reino barack pada tahun lalu, penyanyi dangdut Syahrini dilihat semakin bahagia.

Apatah lagi, kebahagiaan dikecap itu tidak pernah disembunyikan Syahrini daripada pengetahuan ramai terutama peminatnya.

Ia dapat dilihat apabila Syahrini sering memuat naik foto-foto percutiannya bersama suami tercinta di lokasi pilihan mereka.

Terbaru, Syahrini membuat perkongsian foto percutiannya di Borobudur, Magelang Jawa Tengah yang suasananya indah dan menarik.

Perkongsian itu mendapat maklum balas sangat positif daripada pengikutnya di Instagram yang menyifatkan mereka pasangan romantik.

Apapun, Syahrini dalam perkongsian temubual terdahulunya, pernah memaklumkan kehidupan dilalui cukup bahagia selepas dia mendirikan rumah tangga.

"Saya seorang yang bertuah kerana dipertemukan jodoh dengan Reino. Dia (Reino) membuatkan saya gembira setiap hari.

"Sentiasa ada bersama saya memberikan sokongan, termasuk keluarga mentua yang sangat menyayangi saya," katanya.

Bersyukur ikatan perkahwinannya direstui keluarga, Syahrini atau sinonim dengan panggilan Princess Syahrini tidak menghiraukan tanggapan negatif.

Meskipun ada ramalan mengenai hala tuju masa depan rumah tangganya pada masa depan, Syahrini tidak pernah ambil peduli.

"Biarlah apa orang nak kata. Saya tak gemar ambil tahu kerana hingga kini saya bersyukur dilimpahi dengan kebahagiaan.

"Kasih sayang suami dan keluarga sudah cukup melengkapkan hidup saya. Perancangan Tuhan itu sudah sangat terbaik," katanya.

Apapun, berdasarkan perkongsian foto aktiviti percutiannya di beberapa destinasi pilihan, Syahrini dikatakan sanggup berbelanja besar.

Dia dan suami didakwa mengambil pakej percutian mewah yang sekali gus menarik perhatian peminat dan warganet di media sosial.

Ditambah, sama ada Syahrini mahu pun Reino dilihat bersikap terbuka berkongsi saat-saat indah percutian dilalui itu.

Rata-rata peminat yang mengikuti Instagram menyedari gaya hidup mewah pasangan ini yang utuh menyulam kebahagiaan cinta.

Disiarkan pada: September 24, 2020 @ 6:15am
d