rap

Zayn dan Gigi Hadid timang anak perempuan

Oleh Agensi

Los Angeles: Pasangan selebriti, penyanyi Zayn Malik dan model terkenal antarabangsa Gigi Hadid kini secara rasmi bergelar ibu bapa.

Zayn, 27, yang juga bekas ahli kumpulan One Direction mengumumkan khabar gembira itu menerusi akaun media sosialnya pada hari ini.

Zayn, berkata, Gigi selamat melahirkan anak perempuan pada Rabu (semalam).

Menerusi ciapan di Twitternya, Zayn memuat naik gambar jari jemarinya sedang menggenggam tangan mungil bayinya.

Dalam captionnya, Zayn  menulis kata-kata indah menggambarkan perasaan bahagia yang dilalui ketika ini. 

Terdahulu, masyarakat tertipu dengan khabar angin kelahiran anak pertama mereka.

Dilaporkan juga, kedua orang tua Gigi dan Zayn seakan tidak sabar menanti kehadiran cucu mereka ke dunia.

Selain menerima ucapan tahniah daripada peminat, beberapa bekas anggota One Direction seperti, Harry Styles dan Louis Tomlinson, juga memberikan ucapan serupa kepada Gigi Hadid dan Zayn Malik.

Disiarkan pada: September 24, 2020 @ 3:45pm
d