rap

Produksi SR One jalin kerjasama dengan TV3

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur : Syarikat produksi, SR One Sdn Bhd milik penerbit dan penulis skrip, Siti Rosmizah memilih menandatangani usahasama dengan pihak TV3 selama dua tahun untuk menjadi penyiar eksklusif karya-karyanya. 

Rosmizah yang juga penerbit dan penulis skrip drama 7 Hari Mencintaiku berkata, pihaknya akan menerbitkan enam karya daripada novel sedia ada sepanjang dua tahun. 

"Pihak kami tak meletakkan terlalu banyak karya kerana takut tidak sempat menerbitkan semuanya memandangkan tempoh dua tahun adalah singkat," katanya kepada Harian Metro. 

Ujat Siti Rosmizah, sejajar dengan kehendak penonton juga, SR One Sdn Bhd akan meneruskan penghasilan drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang dijangka bermula November tahun depan. 

"Jalan cerita untuk musim ketiga akan sangat berbeza berbanding yang pertama dan kedua. Penonton takkan dapat mengagak apa jalan cerita dan pengkisahannya," katanya. 

Sehubungan itu, drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang ditayangkan di TV3 sebelum ini berjaya mencatat jumlah tontonan sebanyak 12 juta di saluran itu. 

Rosmizah ditemui baru-baru ini pada majlis penghargaan 7 Hari Mencintaiku 2 yang dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon drama berkenaan.

Disiarkan pada: September 29, 2020 @ 11:48am
d