rap

Eyka Farhana dikecam muat naik video perlawanan dalam stadium

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

TINDAKAN pelakon, Eyka Farhana memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan pemandangan dari dalam Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ketika pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)  menentang Sabah dalam perlawanan Liga Super, semalam, menuai kecaman warganet.

Bagaimanapun, Eyka yang juga kekasih kepada pemaian JDT, Akhyar Rashid bertindak memadam video itu dan kemudian memuat naik status bagi menjelaskan perkara sebenar.

"Video yang saya muat naik dalam perkongsian sebelum ini saya ambil dari ahli keluarga. Jangan salah faham," tulisnya. 

Namun, warganet lebih pantas menjalankan kerja apabila sempat menangkap layar dan dikongsikan di pelbagai platform media sosial. 

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Eyka gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon mahupun menerusi WhatsApp. 

Sementara itu, pihak Malaysian Football League (MFL) mengesahkan pihak JDT sudah membuat permohonan untuk membawa ahli keluarga pemain berskala kecil untuk menonton perlawanan itu di stadium. 

Disiarkan pada: October 3, 2020 @ 3:41pm
d