rap

Syifa Melvin beri sokongan Safawi ke Portugal

Oleh Sudirman Mohd Tahir

 

Sepang: Penghijrahan tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC bukan sahaja ditangisi keluarga dan penyokongnya, tapi juga pelakon dan ahli pernigaan, Syifa Melvin.

Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berlepas ke Portugal malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story pelakon, Lia Natalia yang juga rakan Syifa, adik kepada Syatilla Melvin itu berkata, dia sudah lepaskan kesedihan di rumah.

Video itu juga dimuat naik semula di Instagram Story Syifa.

"Okay, dah nangis tadi. Dah lepas di rumah," katanya.

Dalam video lain, Lia turut menulis kapsyan 'Aku tahu kawan aku kuat' dan dimuat naik semula Syifa.

Lia turut memuat naik gambar mereka bersama Safawi dengan keterangan;

"All the best permata negara Safawi Rasid," tulisnya.

Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak.

Penghijrahan Safwi ke sana adalah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.

Disiarkan pada: October 4, 2020 @ 1:08am
d