rap

Bukan kerja mudah

Oleh Sudirman Mohd Tahir

AMAT jarang genre satira komedi diketengahkan dalam penerbitan drama tempatan.

Namun, berbeza bagi Arie Zaharie Production Sdn Bhd kerana berani mengambil inisiatif untuk kembali menghidupkan konsep itu dalam penerbitan 13 episod Tanya Sama Pokok.

Penerbitnya, Arie Zaharie berkata, pembikinan genre itu tidak semudah yang dirancang kerana ia memerlukan pelakon yang tepat dan berwibawa untuk menghidupkan setiap watak.

Perlu ingat, satira komedi bukan lawak buat-buat atau slapstik yang selalu kita tengok di TV kerana genre ini perlu tampilkan lawak bersahaja terutama melalui dialog. Tak perlu 'over acting' kerana kekuatan terletak pada dialog.

"Sebab itu, selain penulis skrip, pemilihan pelakon yang mesti sesuai. Alhamdulillah, drama Tanya Sama Pokok dihidupkan barisan pelakon hebat di bawah arahan Sabri Yunus," katnya.

Tanya Sama Pokok yang kini bersiaran di saluran Astro Warna mulai jam 9 malam setiap Isnin itu turut dijayakan Datuk Fizz Fairuz, Mona Allen, Sara Ali, Angeline Tan, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi selain Sabri sendiri.

Menurut Arie, Tanya Sama Pokok menyampaikan mesej sinis yang bertepatan dengan situasi politik negara kita dan menjadikan sebuah kampung sebagai medan pertelagahan dan perebutan kuasa.

Terdapat dua pihak yang cuba merebut jawatan sebagai Ketua Kampung dan pelbagai cara mereka lakukan dalam kempen bagi memenangi hati penduduk kampung.

"Dalam perebutan kuasa itu juga, saya selitkan segelintir orang kampung yang tiada pendirian dengan beralih sokongan seperti mana berlakunya lompat parti dalam politik," katanya.

Drama itu mengambil masa 35 hari penggambaran di Sungai Besar, Selangor.

Disiarkan pada: October 16, 2020 @ 6:35am
d