rap

Shazreen juara duo x

Oleh Sudirman Mohd Tahir

FINALIS kumpulan Azlan & The Typewriter dan Ara Johari, Shazreen Shaharum, 24, muncul juara program Suria Duo X sekaligus membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi Suria Duo X.

Tempat kedua pula dimenangi oleh finalis kumpulan Ezad Lazim dan Aina Abdul, Murshid Nazri yang membawa pulang RM3,000 serta trofi Suria Duo X manakala tempat ketiga menjadi milik finalis daripada kumpulan Syamel dan Siti Sarah,

Danny Mierul yang meraih wang tunai RM2,000 dan trofi Suria Duo X.

Shazreen berkata, dia tidak menjangka bakal bergelar juara dan berterima kasih kepada semua yang sudah mengundi.

"Ini adalalah pengalaman yang cukup bermakna buat saya. Sejujurnya, berada di pentas ahir sudah memadai, tapi apabila dinobatkan sebagai juara saya berasakan ia bonus dan rezeki.

Diakui finalis lain semuanya hebat dan memiliki keunikan masing-masing. Cuma, apa boleh dikatakan adalah, saya hanya buat yang terbaik. Selebihnya, terpulang kepada juri dan penonton untuk menilai," katanya.

Pada pentas akhir itu, setiap peserta diberi dua tugasan iaitu menyanyi secara solo dan duet dengan ahli kumpulan masing-masing.

Menerusi lagu solo, Syazreen menyanyikan lagu Rampas nyanyian asal Akim & The Majistret dan duet menerusi lagu Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein).

Sementara Murshid menyanyikan lagu Sembah (Naim Danel) dan lagu Jangan Pisahkan secara duet dengan Aina Abdul dan Ezad Lazim.

Danny pula memilih lagu Peluang Kedua (Nabila Razali) dan duet dengan Siti Sarah dan Syamel menerusi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu.

Peserta Suria Duo X diadili dengan 70 peratus undian dalam talian di laman web undi.suria.my bermula pada 5 sehingga 9 Oktober lalu dan 30 peratus undian lagi diadili oleh juri jemputan iaitu Pengurus Kanan Suria FM, DJ Lin dan penyampai Suria FM, Sharifah Shahirah serta dua wakil media iai

tu Niezam Abdullah, Pengarang mStar dan Raja Nurfatimah Mawah Mohamed, Penolong Pengarang Hiburan Berita Harian.

Suria Duo X akhir yang bersiaran langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV ini turut menampilkan persembahan penyanyi, Datuk Hattan, Adam E, Yonnyboii, Madam Band dan Dolla.

Disiarkan pada: October 19, 2020 @ 6:44am
d