rap

Lucas Bravo kegilaan ramai wanita

Oleh Agensi

PENAMPILAN pelakon dan model Lucas Bravo dalam siri Netflix berjudul Emily In Paris ternyata menarik perhatian ramai terutama wanita.

Menerusi siri itu, Bravo yang memegang watak sebagai Gabriel, cef di sebuah restoran serta jiran kepada Emily. 

Apa yang menarik, Bravo memiliki persamaan dengan watak yang dibawakan kerana dia pernah menjadi pembantu chef di sebuah restoran Jepun / Perancis sebagai pekerjaan sampingan sebelum mengintai peluang dalam bidang lakonan.

"Saya pernah bekerja di restoran beberapa tahun lalu. Jadi, saya memiliki beberapa kemahiran untuk memasak. Bagaimanapun jari saya terluka ketika ada babak saya perlu mengoreng telur dadar kepada Emily dalam siri itu hingga membuatkan saya tidak mahu menunjukkan kebolehan memasak lagi," katanya.

Pelakon kelahiran Nice, Perancis itu kini menjadi pujaan baru kaum wanita kerana susuk tubuhnya yang tinggi dan tegap. Apatah lagi, kehebatannya di dapur dalam siri itu membuatkan ramai wanita tergila-gilakannya ketika ini. 

Selain itu, Bravo juga pernah terbabit dalam siri Game of Thrones.

Disiarkan pada: October 21, 2020 @ 11:27am
d