rap

Siti Elizad jalani rawatan IVF

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon, Siti Elizad Sharifuddin, 36, menjalani proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) hari ini dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat. 

Menerusi Instagram, Elizad berkongsi rasa gemuruh dan mengharapkan supaya hasilnya adalah yang terbaik. 

"Salam dan selamat pagi kesayangan semua. Pagi ini, 'egg pick up' (pengambilan telur) bersama Dr Azlin dan pasukan Sophea Fertility. Bukan main gemuruh dengan rasa lapar. Harap-harap, telur yang keluar (diambil) semua yang baik-baik dan cantik-cantik. Moga dipermudahkan," tulisnya. 

Eizad juga mendoakan supaya dikurniakan zuriat serta keturunan yang baik. 

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan," tulisnya. 

Sebelum ini, Elizad dikhabarkan akan menjalani rawatan IVF selepas Aidilfitri, namun ditunda kerana terikat dengan penggambaran drama bersiri Jalan Sesat ke Syurga.

Disiarkan pada: October 21, 2020 @ 2:32pm
d