rap

SECRET NUMBER kembali!

Oleh Agensi 

 

Korea Selatan: Kumpulan K-Pop SECRET NUMBER akhirnya kembali menemui peminat mereka.

Syarikat rakaman mereka, Vine Entertainment mengesahkan SECRET NUMBER akan mengeluarkan lagu terbaru pada 4 November ini.

Berita gembira itu dikongsi kumpulan itu menerusi hantaran gambar di laman sosial sebagai teaser pertama kemunculan semula mereka.

Ini akan menjadi 'comeback' pertama SECRET NUMBER selepas tampil dalam bidang seni enam bulan lalu. Ketika itu mereka mencuri perhatian menerusi lagu Who Dis?.

Kumpulan wanita dianggotai lima ahli ini agak unik kerana dianggotai oleh penyanyi dari negara berbeza termasuk Indonesia.

Dita Karang, berasal dari Indonesia. Manakala Denise dan Jinny berdarah Korea-Amerika dan Lea dari Jepun. Hanya Soodam yang berasal dari Korea Selatan.

Menurut laporan detikcom, SECRET NUMBER awalnya mengaku mengalami masalah dalam komunikasi.

"Komunikasi itu memang sukar kerana saya belum lancar bahasa Korea sampai sekarang. Lebih dari itu budaya dan cara berfikir kami semua berbeza. Kadangkala perkara itu dianggap biasa di negara masing-masing tapi ia sebenarnya berbeza.

"Tapi kami semua bersikap terbuka dan saling berkongsi sehingga menjadi makin akrab dan boleh bertukar ilmu satu sama lain," kata Dita. 

Sementara itu, Soodam mengakui kepelbagaian ragam dalam kumpulan itu adalah satu perkara yang menarik.

"Sebagai satu-satunya ahli dari Seoul, rasanya sangat menarik dapat tinggal dengan orang dari latar belakang kebudayaan yang berbeza. 

"Saya kemudian perlahan-lahan membiasakan diri dengan segala perubahan ini. Sehingga kini komunikasi kami tidak lagi menjadi masalah," katanya

 

Disiarkan pada: October 23, 2020 @ 11:06am
d