rap

Sesi curhat Maia, Al Ghazali 

Oleh Agensi

 

Jakarta: Penyanyi Maia Estianty, cuba menyelami perasaan anaknya, Al Ghazali yang sudah lama menjalinkan percintaan dengan Alyssa Daguise. 

Menerusi saluran YouTube Maia Al El Dul Tv disiarkan pada 17 Oktober lalu, Maia menyoal anaknya itu dengan pelbagai persoalan berkisar hubungan percintaan.

Menerusi video itu, Al Ghazali, 21, banyak bercakap mengenai masa depan selain perancangan untuk memulakan perniagaan. 

Dia juga mengakui hubungannya dengan Alyssa yang kini belajar di Perancis sangat serius, namun belum sampai tahap mahu berkahwin

"Cumanya, saya sudah mendapat izin bapanya," katanya yang disambut gembira oleh Maia. 

Maia bagaimanapun cuba mengusik abang kepada Al iaitu Rumi dan Dul Jaelani berkenaan keizinan yang dimaksudkan.

Al Ghazali yang malu-malu menjelaskan dia mendapat kepercayaan daripada keluarga kekasihnya.  

Maia juga bertanyakan Al Ghazali tarikh mereka mahu berkahwin kerana Alyssa hanya akan tamat belajar tahun depan. 

Al Ghazali pada mulanya menjawab meminta ibunya mendoakan yang terbaik, namun selepas didesak dia akhirnya memberitahu sasarannya pada usia 25 tahun. 

 

Disiarkan pada: October 23, 2020 @ 11:56am
d