rap

Chen EXO sertai khidmat ketenteraan

Oleh Agensi

Seoul: Anggota kumpulan EXO, Chen secara rasmi menyertai latihan khidmat ketenteraan, semalam.

Bagaimanapun, pengurusan SM Entertainment memilih untuk tidak mendedahkan lokasi latihan Chen atau nama sebenarnya Kim Jong-dae.

Pengumuman itu membuatkan peminat Chen dan EXO membanjiri ruangan komen di Instagram bagi memberikan kata-kata semangat.

Malah, mereka turut melancarkan #GoodLuckSoldierChen sehingga menjadi topik 'trending' di Twitter.

"Dear Jongdae, kami akan selalu bersamamu. Kami akan bersabar menunggumu. Jadi tolong kembali dalam keadaan sihat. Kami berharap anda akan selalu baik-baik saja," komen salah seorang peminat.

Terdahulu, keputusan menyertai latihan itu dibuat Chen dua minggu lalu yang menerusi hantaran di Instagram.

Menerusi surat yang ditulis tangan itu, Chen menyatakan akan memenuhi seluruh tugas dan menjalankan tanggungjawab dengan baik, serta terus menjaga kesihatan sepanjang tempoh latihan itu.

Disiarkan pada: October 27, 2020 @ 12:00pm
d