rap

'Ada nanah di mata'

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Pengacara, Karl Shafek Ibrahim mendedahkan penyakit 'misteri' yang dihidapi sejak sembilan bulan lalu kembali 'menyerang' dirinya.

Karl Shafek yang juga bekas pengacara program Nasi Lemak Kopi O berkata, kali ini mata kiri pula yang terkena.

"Perkara ini terjadi lagi, selepas sembilan bulan. Mana tidaknya tertekan. Semalam elok saja, tiba-tiba pagi ini dia (penyakit) datang. Siap ada nanah dalam mata. Saya punya lah semangat nak siapkan tempahan pulut kuning hari ni. Memang tak nak bagi saya kerja?

"Sebab itu saya malas dan rimas sikit dengan ayat 'Karl Shafek buat 'come back''. Baru seminggu konon nak 'come back' penyakit ini yang kembali. Dekat nak setahun jaga diri, makan, ubat, pergi kaunseling dan berubat sana sini.

"Ingatkan sudah boleh rasa lega empat lima bulan ni. Tapi, tidak ada sebarang 'warning' penyakit ini singgah mata kiri plak. Sembilan bulan lepas mata kanan," katanya.

Menurut Karl Shafek, dia juga bersakan seperti ada semut yang merayap di matanya.

"'Vision' pun sebelah mata nampak putih saja selepas itu nampak macam ada semut merayap-rayap. Padahal semalam tidak ada apa pun.

"Esok, lusa mesti penyakit ini akan kacau sistem badan pula. Mengikut sains, 'autoimmune disease' yang tak 'recognize my own body system and keep on attacking' sel-sel dalam badan seolah dia nak lindungi. Padahal ia menyerang badan sendiri. Penat tau tak.

"Jadi, tak perlulah cari lagi. Nak masuk gua balik. Tahun depan baru keluar semula. Sebab yang mengadapnya nanti saya seorang juga. Reda, memang reda. Tapi rimas tetap ada," katanya.

Karl Shafek mendakwa, penyakit itu akan mengganggu dirinya apabila setiap kali dia mahu memulakan sesuatu kerja.

"Setiap kali nak mula cari rezeki, mesti penyakit datang. Tidak mengapa, anggap saja ini 'auto immune desease' macam mana yang doktor cakap. Saraf dalam badan saya dikatakan berterusan menyerang antibodi sendiri.

"Apabila duduk rumah diam-diam dan tak buat kerja, tak pula datang. Ketika saya semangat nak bermula semua, penyakit kacau balik. Biarlah asalkan 'dia' gembira. Saya berserah pada Allah SWT," katanya.

Disiarkan pada: October 29, 2020 @ 3:20pm
d