rap

Khloe Kardashian positif Covid-19

Oleh Agensi

Las Vegas: Bintang realiti Keeping Up With the Kardashian, Khloe Kardashian mengesahkan dirinya dijangkiti virus Covid-19 menerusi video sedutan episod baru siri TV itu, semalam.

Menerusi video itu, Kardashian dilihat merakam sendiri rakaman itu dalam keadaan suara yang agak serak.

"Baru dapat tahu bahawa saya dijangkiti Covid-19. Saya kini berada dalam bilik. Semuanya akan okay, tapi dalam beberapa hari ini, ia sangat teruk," katanya.

Khloe juga turut berkongsi beberapa simptom yang dialaminya seperti muntah, batuk, tubuh badan menggeletar, suhu badan yang tidak menentu dan juga sakit kepala.

"Semoga Tuhan merahmati kita semua," katanya.

Sebelum paparan itu, turut dikongsikan klip video menampilkan Kim Kardashian yang meluahkan kerisauannya terhadap apa yang berlaku kepada Khloe.

"Kami semua juga risau mengenai keputusan ujian Covid-19 Khloe, sama ada dia dijangkiti atau tidak. Naluri saya mengatakan bahawa dia memang dijangkiti kerana dia nampak sangat sakit," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 29, 2020 @ 4:26pm
    d