rap

Eizlan tak mahu komen permohonan maaf Hans

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Pelakon dan Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof menyerahkan kepada peguamnya berhubung tindakan terhadap bekas Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac berhubung dakwaan Eizlan terbabit dalam penyalahgunaan kuasa membabitkan syarikat produksi Exellent Pictures Sdn Bhd sehingga mendapat geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Finas.

Eizlan ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenai permohonan maaf yang dibuat Hans semalam.

"Peguam ada maklumkan perkara ini. Jadi, saya serahkan kepada kebijaksanaannya. Selebihnya saya tak nak komen lagi. Kita tunggu dan lihat saja," katanya.

Terdahulu, Hans dalam kenyataan kepada Harian Metro semalam memohon maaf kepada Eizlan susulan dakwaan itu yang dikatakan dilakukan menerusi satu mesej dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada 16 November lalu.

Eizlan dalam kenyataan sebelum ini menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan sehingga mencemarkan nama, imej dan reputasi dirinya.

Dakwaan itu juga menurut Eizlan memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan dibina.

Berita berkaitan

Hans Isaac mohon maaf dengan Eizlan

Eizlan nak saman Hans Isaac

Disiarkan pada: November 20, 2020 @ 12:28pm
d