rap

Anugerah Grammy tak telus! –  The Weeknd

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

Amerika Syarikat: Penyanyi, The Weeknd meluahkan rasa tidak puas hati di Instagram (IG) apabila tidak tercalon dalam mana-mana kategori pada Anugerah Grammy, semalam.

The Weeknd, 30, yang baru-baru ini memenangi tiga anugerah pada American Music Awards 2020 menyifatkan pencalonan dikeluarkan Anugerah Grammy adalah tidak telus.

"Anugerah Grammy tidak telus," tulisnya ringkas dalam satu hantaran di Instagram.

Dalam satu lagi hantaran lain, The Weeknd menegaskan bahawa penganjur anugerah itu 'berhutang' kepada dirinya serta peminat-peminatnya. 

"Kamu berhutang kepada aku, peminat-peminat aku dan ketelusan dalam industri," tulisnya. 

Kenyataan The Weeknd itu turut mendapat sokongan daripada peminat dan pengikut di IG. 

Dalam tahun ini sahaja, dua single The Weeknd berjaya menduduki tangga 10 teratas di carta Billboard dan enam lagu karyanya berjaya meraih tempat dalam senarai Billboard Global 200.

Disiarkan pada: November 26, 2020 @ 10:05am
d