rap

Afieq terkejut didakwa ada video bogel

Oleh Wartawan HM

 

Kuala Lumpur: Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba penyanyi Afieq Syazwan didakwa mempunyai video bogel yang tular di laman Twitter baru-baru ini. 

Afieq berkata, dia berasa terkilan dan sedih apabila ada pihak cuba mencemarkan nama baiknya dengan tuduhan yang tidak berasas. 

"Saya terkejut dengar cerita ini. Saya cari juga di Twitter sebab ramai yang memberikan mesej peribadi (DM) kepada saya, mereka kata ada video tak senonoh saya di Twitter.

"Tapi, bila cari, tak jumpa pun. Setahu saya, tak pernah lagi saya membuat panggilan video (VC) atau menghantar video yang bukan-bukan pada sesiapa," katanya. 

Menurut Afieq, dia juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya ada pihak cuba memfitnah dan menjatuhkan reputasinya. 

"Jangan main petik saja. Saya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis jika ada individu yang cuba memfitnah atau mengada-adakan cerita. 

"Sepanjang bergelar penyanyi saya cuba mengekalkan imej bersih dalam industri seni. Namun saya harap perkara sebegini tidak berulang lagi," katanya. 

 

Disiarkan pada: November 26, 2020 @ 3:03pm
d