rap

Nicki Minaj pun tak puas hati dengan Anugerah Grammy 2021

Oleh Agensi

 

Amerika Syarikat: Penyanyi, Nicki Minaj juga antara artis yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Anugerah Grammy 2021 di platform media sosial terutama selepas kumpulan Bon Iver tercalon dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance. 

Minaj menerusi ciapan di Twitter menulis mengenai bagaimana haknya dinafikan ketika tercalon dalam kategori Best New Artist pada Anugerah Grammy 2012, sekaligus kalah kepada kumpulan Bon Iver. 

"Jangan pernah lupa ketika Anugerah Grammy tidak memberikan anugerah Best New Artist kepada saya sedangkan saya ada tujuh lagu yang menduduki carta Billboard dan menjadi karya terbesar dalam kalangan penyanyi rap wanita sepanjang dekad. Anugerah itu diberikan kepada orang kulit putih, Bon Iver," tulisnya. 

Ciapan itu mencuri perhatian ramai bahkan diulang ciap beribu kali di platform media sosial itu. 

Minaj antara artis yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Anugerah Grammy 2021 selain The Weeknd dan Justin Bieber. 

Sehingga kini, Minaj pernah 10 kali tercalon dalam anugerah besar itu, namun belum pernah memegang trofi kemenangan. 

Disiarkan pada: November 26, 2020 @ 4:05pm
d