rap

Doodle Saloma di Google

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Enjin carian Google hari ini menampilkan Doodle khas Saloma bagi meraikan tarikh penganugerahan Biduanita Pertama Negara kepada Allahyarhamah Puan Sri Saloma. 

Doodle itu menampilkan lukisan karikatur sosok Saloma dengan penataan gaya ikonik lengkap bersanggul, sedang memegang mikrofon, dikelilingi nota lagu serta bintang sesuai dengan statusnya sebagai bintang.

Saloma yang juga isteri kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerima penganugerahan itu pada 26 November 1978. 

Figura itu cukup dikenali sebagai penyanyi bersuara lunak mendendangkan lagu-lagu malar hijau yang terkenal sehingga ke ke hari ini. 

Antara lagu yang pernah dipopularkannya adalah Bila Larut Malam, Ketipang Payung, Malam Pesta Muda Mudi, Perwira, Tari Tualang Tiga serta lagu ikonik sempena Aidilfitri, Selamat Hari Raya. 

Tidak hanya mencipta nama sebagai penyanyi, Saloma atau nama sebenarnya Salmah Ismail itu juga turut dikenali sebagai pelakon dalam beberapa karya hebat antaranya Seniman Bujang Lapok, Madu Tiga, Ahmad Albab dan banyak lagi. 

Saloma meninggal dunia pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada usia 48 tahun. 

Disiarkan pada: November 26, 2020 @ 4:14pm
d