rap

Gudang, ladang milik keluarga Jennifer Lawrence musnah

Oleh Agensi

Kentucky: Gudang dan ladang milik keluarga pelakon Jennifer Lawrence, 30, di sini, musnah dalam kejadian kebakaran, kelmarin.

Gudang yang juga menjadi tapak kem musim panas dinamakan Camp Hi-Ho itu hanya tinggal abu dan tiada barangan sempat diselamatkan ketika kejadian itu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang wanita yang berada di gudang terbabit sewaktu kejadian sempat menyelamatkan diri bersama haiwan ternakan di dalamnya.

Abang pelakon itu, Blaine Lawrence dalam satu sebuah kenyataan berkata, dia bersyukur tiada yang terkorban namun amat sedih kerana gudang itu besar maknanya.

"Kami bersyukur ia tidak meragut nyawa dan haiwan ternakan kami. Namun, kami masih bersedih dengan kerugian besar hasil kerja-keras bertahun-tahun ini dan kenangan di gudang itu," katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat sedang menyiasat punca kebakaran. Sebanyak enam jentera bomba terbabit memadamkan kebakaran itu.

Disiarkan pada: November 30, 2020 @ 12:05pm
d