rap

Heidi Klum restu anak menjadi model

Oleh Agensi

 

New York: Model dan personaliti TV, Heidi Klum, 47, mendedahkan anak sulungnya, Leni, 16, turut menunjukkan minat dalam bidang glamor selepas kelibatnya disorokkan daripada umum sebelum ini.

Heidi berkata, dia juga merestui pilihan anaknya itu untuk mengikut jejak langkahnya menjadi peragawati memandangkan Leni kini semakin meningkat dewasa.

"Saya sentiasa fikir dia masih terlalu muda. Kami selalu memastikan anak kami tidak didedahkan di khalayak umum. 

"Tapi sekarang dia sudah pandai memandu. Jadi saya fikir, kalau dia sudah pandai kemahiran itu, dia juga boleh menjadi model kalau itu yang dia mahu," katanya.

Namun begitu, Heidi tidak berselindung kepada Leni bahawa dunia peragaan sangat kejam.

"Dia kena menjadi seorang yang sangat kuat. Terutamanya sebagai wanita, semangat dirinya perlu kental," katanya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Heidi semakin terbuka keluar bersama Leni di khalayak umum. Anaknya itu mendapat perhatian memiliki fizikal yang menarik sebagai model.

Selain Leni, Heidi juga ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Henry, 15, Johan, 14, dan Lou, 11. 

Disiarkan pada: December 5, 2020 @ 12:38pm
d