rap

Peserta Indonesia Idol, Melisha Sidabutar meninggal dunia

Oleh Agensi

Jakarta: Kematian peserta Indonesia Idol, Melisha Sidabutar pada usia 19 tahun ternyata cukup mengejutkan industri hiburan di negara itu.

Malah, gadis berkenaan dipercayai meninggal dunia akibat masalah jantung bengkak.

Khabar duka berkenaan dikongsikan di Instagram program realiti itu hari ini, di mana penyanyi berbakat berkenaan disifatkan seorang yang berjiwa mulia.

"'Beautiful soul never forgotten'. Keluarga besar Indonesian Idol turut berduka cita atas pemergian Melisha Sidabutar, peserta Top 35 #IdolSpecialSeason. Bersemadilah dengan tenang," demikian kapsyen perkongsian itu.

Antara artis yang berduka cita dengan pemergian itu adalah Datuk Rossa. Penyanyi terbabit turut mendedikasikan satu perkongsian foto buat peserta itu di Instagram rasminya.

Penyertaan Melisha dalam program bakat nyanyian terbesar itu menjadi bualan ramai disebabkan dia antara peserta yang cukup memberi saingan.

Menurut laporan, Melisha memaklumkan kepada ibunya mengenai kesakitan dirasai. Dia dikatakan mengalami sesak nafas namun enggan dibawa ke hospital.

Disiarkan pada: December 9, 2020 @ 11:24am
d