rap

'Maafkan saya!' - Cliff Umar

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Putrajaya: "Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak buat mana-mana pihak terasa hati."

Demikian jawapan penyanyi, Cliff Umar ketika diminta mengulas mengenai kata-katanya yang menganggap pelitup muka membuat rasa tidak selesa ketika diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 7 (GV7) sebentar tadi.

Cliff ketika ditemui pada sesi sidang media berkata, pelitup muka itu mengganggunya untuk memberikan ucapan kemenangan.

"Saya maksudkan pelitup muka itu mengganggu, apabila saya nak bercakap dan berikan ucapan.

"Bukan ia mengganggu atau saya tidak bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP)," katanya kepada Harian Metro.

Kata-kata Cliff itu mula menuai ciapan di pelbagai platform media sosial apabila dianggap tidak menjaga sensitiviti banyak pihak terutamanya barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan dan mengikut SOP.

Disiarkan pada: December 14, 2020 @ 1:21am
d