rap

Pelakon watak Boba Fett meninggal dunia

Oleh BERNAMA

Moscow: Pelakon Jeremy Bulloch, yang popular dengan watak Boba Fett dalam siri Star Wars, meninggal dunia pada usia 75 tahun, lapor agensi berita Sputnik.

Beliau memegang watak itu dalam "Star Wars: Episod V - The Empire Strikes Back" (1980) dan "Star Wars: Episod VI - Return of the Jedi" (1983).

"Jeremy Bulloch seorang yang baik kepada semua orang. Saya pasti akan merinduinya dan bertuah kerana mengenalinya," tulis rakan artisnya Mark Hamill di laman Twitter.

Bulloch dilaporkan meninggal dunia di hospital pada Khamis kerana komplikasi berkaitan penyakit Parkinson.

Disiarkan pada: December 18, 2020 @ 12:26pm
d