rap

Cuma nak menghalalkan - Kamal Adli

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON, Kamal Adli mencuri perhatian apabila melamar kekasihnya yang juga pelakon. Uqasha Senrose pada Anugerah MeleTOP Era 2020 yang lalu.

Kamal secara spontan melamar dan mengeluarkan cincin ketika mereka menjadi penyampai anugerah.

Kamal menerusi hantaran di Instagram berkata, dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

"Yeay! Yes! Cuma nak menghalalkan. Bukan buat perkara tak baik kan. Terima kasih atas doa. Amin. Yang lain serah pada Allah," katanya.

Sementara itu, Uqasha berkata tindakan Kamal itu membuatkannya hilang kata-kata.

 

"'I'm so speechless'. Walaupun tidak menang apa-apa, tapi saya menang lagi besar dari anugerah yang lain tambahan kelihatan sangat berharga sebab saya memakai koleksi berlian eksklusif dari Habib Jewels," tulisnya di IG.

Terdahulu, pasangan pelakon yang hangat digosipkan bercinta itu dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan sekitar Oktober lalu.

Kamal dan Uqasha mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu.

Hubungan itu terserlah apabila Kamal pernah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen tertera bowling atau dating? bersama foto mereka, beberapa bulan sebelum itu.

Selain itu, Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga. Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis.

Disiarkan pada: December 23, 2020 @ 11:52am
d