rap

Positif Covid-19, muka Depe penuh ruam

Oleh Agensi

Jakarta: Penyanyi dangdut Indonesia, Dewi Murya Agung atau lebih dikenali Dewi Perssik meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatannya bertambah baik selepas disahkan positif wabak Covid-19.

Dewi atau mesra disapa Depe berkata, penyakit berjangkit yang dihadapi memaksa dirinya untuk menghentikan aktiviti seni sejak sebulan lalu.

"Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk saya sihat. Saya sekarang sudah sembuh sepenuhnya. Saya salah seorang yang beruntung kerana sudah sembuh selepas membuat ujian saringan sebanyak dua kali," katanya.

Menurut Dewi, antara punca dia dijangkiti wabak terbabit kerana kesibukannya bekerja.

Gejala yang dialami ketika disahkan positif wabak itu adalah timbul ruam merah di tubuh badan dan wajah.

"Ini satu renungan dan teguran buat saya selain dapat menghapuskan dosa-dosa saya. Percayalah bahawa Covid-19 ini benar," katanya.

Tambah Dewi, wabak berbahaya ini boleh mengancam nyawa manusia namun dia bersyukur penyakit terbabit tidak memberi kesan teruk kepada dirinya.

"Yang lebih berbahaya itu kepada orang tanpa gejala seperti individu itu berasa dirinya sihat sehingga tanpa sedar sudah membuatkan orang lain turut sama dijangkiti terutama orang yang sudah berusia dan mempunyai penyakit lain," katanya.

Disiarkan pada: December 25, 2020 @ 2:47pm
d