rap

Tasha Shilla hamil lima bulan

Oleh Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Pelakon, Tasha Shilla berkongsi hamil anak sulung dengan usia kandungan mencecah lima bulan.

Tasha, 33, atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak berkata, dia dan suami gembira dengan kehamilan selain menganggap ia adalah rezeki Allah SWT.

"Syukur Alhamdulillah, saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan.

"Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya, Insya Allah.

"Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga.

"Dikesempatan ini saya ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan," katanya.

Terdahulu, Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris bernikah pada 28 Februari lalu.

Disiarkan pada: December 25, 2020 @ 2:55pm
d