rap

PU Riz akhirnya 'bersuara'

Oleh Wartawan Harian Metro

Kuala Lumpur: Selepas membisu dan mendiamkan diri, pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz tampil 'bersuara' di Instagram Story selepas kontroversi membabitkan hubungannya dengan pengacara popular, Neelofa seperti yang hangat diperkatakan sejak kelmarin.

Menerui perkongsian itu, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memuat naik satu potongan ayat berbahasa Arab disertakan dengan maksud.

"And know that Allah will resolve everything in the end, in a way you would never imagine." (Dan ketahuilah bahawa Allah akan menyelesaikan segalanya dengan cara yang langsung tidak kita bayangkan.)

Riz yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu turut memuat naik sedutan rakaman ceramah yang disampaikan di Instagram dengan meninggalkan kapsyen dalam bahasa Arab membawa maksud;

"Dan jangan jadikan dunia sebagai perhatian utama kami."

Namun, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Riz berhubung isu terbabit.

Terdahulu, Neelofa dalam hantaran video dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada media, semalam menafikan sudah berkahwin dengan Riz di Kelantan seperti yang tersebar.

Dalam masa sama, bekas pengacara MeleTOP itu juga turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada pendakwah muda itu.

Soal hubungan mereka, Neelofa berkata, kedua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

Disiarkan pada: December 28, 2020 @ 4:13pm
d