rap

Tonton drama Hadiah Dari Tuhan bermula 30 Disember ini

Oleh Noraniza Azmi

BUAT pengikut setia drama di TV3, anda akan disajikan dengan drama berjudul 'Hadiah Dari Tuhan' yang akan ditayangkan ada setiap hari Rabu sehingga Sabtu, jam 9 malam bermula pada 30 Disember ini.

Drama ini mengisahkan pergolakan hidup 3 remaja dari latar belakang taraf kehidupan yang berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia di ambang serangan wabak Covid19.

Antara pelakon yang menjayakan drama ini adalah Riena Diana, Syafi Tee, Sophia Barakbah dan Puteri Rafasya.

Sinopsis Hadiah Dari Tuhan

Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20.

Qul telah kematian ibu bapanya sejak 5 tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah.

Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit. Sebelum wabak Covid19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap di rumah pangsa PPRT

Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa, tetapi kedua ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia masih kecil.

Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai atuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap.

Apabila wabak Covid19 menular, kehidupan Qul,Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan.

Disiarkan pada: December 29, 2020 @ 7:59pm
d