rap

Kemuncak Lagu Cinta Kita 2

Oleh Sudirman Mohd Tahir

LIMA pasangan duet diumumkan layak ke peringkat akhir program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) yang bakal langsung pada 3 Januari ini jam 9 malam di TV3.

Mereka terdiri daripada Khareez dan Nadeera; Syafiq dan Serra; Kael dan Evie; Iss dan Mya serta Adly dan Darling.

Pada saingan separuh akhir minggu lalu, pasangan Khareez dan Nadeera dinobatkan sebagai Pasangan Terbaik dengan menduduki tempat pertama, sekali gus memenangi produk Nivea bernilai RM500 pada malam itu, manakala pasangan Hariz dan Mafa serta Fariqwan dan Mina diumum tersingkir.

Tirai persembahan dimulakan pasangan hos, Azwan Ali dan Elly Mazlein yang menyanyikan lagu Teringin. Episod itu turut menampilkan pelakon, Fattah Amin dan Erra Fazira sebagai panel cinta untuk berbual mengenai topik Karier dan Percintaan.

Persembahan penutup pula dimeriahkan oleh nyanyian duet Erra dan Naqiu menerusi lagu Kita Insan Biasa. Kumpulan Kpop yang sedang mencipta nama, P1Harmony turut menyerikan episod separuh akhir.

Menampilkan tema Flora Cinta, peserta juga menjayakan segmen khas yang membawakan lagu Kpop daripada kumplan BTS dengan lagu Dynamite oleh peserta lelaki, manakala lagu Ice-Cream nyanyian Blackpink oleh peserta perempuan.

Pemarkahan setiap peserta ditentukan dengan 70 peratus markah daripada barisan juri profesional dan 30 peratus lagi daripada jumlah undian dalam talian di laman rasmi Lagu Cinta Kita Musim 2.

Dua pasangan yang mendapat markah keseluruhan paling rendah berdepan sesi penyingkiran di mana keputusannya terletak pada panel juri cinta iaitu Ajai, Hael Husaini dan Mas Idayu.

Lagu Cinta Kita 2 akhir bakal menyaksikan semua pasangan mempersembahkan dua lagu dalam dua pusingan. Selain itu, ketiha-tiga juri bakal membuat persembahan istimewa.

Sementara itu, persembahan menarik daripada Dayang Nurfaizah dan Zizi Kirana manakala Rozita Che Wan bakal menyerikan episod segmen Panel Cinta untuk membincangkan topik Percintaan dan Jarak Umur.

Pasangan manakah paling serasi dan adakah bunga-bunga cinta mula mekar? Siapa bakal bergelar juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000. Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya pada 3 Januari ini.

Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan diketuai Muhamad Sufian Che Isa sebagai Penerbit Eksekutif, LCK2 menampilkan Celcom Xpax Prepaid Tanpa Had dan Nivea Hokkaido Rose dengan haruman ros mewah sebagai penaja bersama serta Hot FM sebagai rakan radio rasmi.

Disiarkan pada: December 30, 2020 @ 6:20am
d