rap

Ibu Uyaina Arshad beri lampu hijau

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Ibu kepada pengacara, Uyaina Arshad iaitu Siti Noor Farah mengakui kekasih anaknya yang juga penyanyi, Raja Syahiran memiliki kriteria sebagai menantu pilihan.

Perkara itu dikongsikan ketika Siti Noor Farah, abang Uyaina iaitu Mohd Azameer Uzreem dan Raja Syahiran membuat kejutan hadir pada program MeleTOP, kelmarin.

Jawapan ibu Uyaina itu selepas pengacara, Nabil Ahmad bertanyakan adakah Raja Syahiran memiliki ciri-ciri menantu pilihan yang dicari.

Siti Noor Farah berkata, Raja Syahiran memiliki banyak kriteria untuk menjadi menantu dan suami kepada anaknya.

"Kriteria menantu banyak. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah ia rezeki," katanya.

Dalam temubual itu juga, Uyaina turut bertanya kepada abangnya sama ada Raja Syahiran 'lepas' menjadi calon suaminya.

"Kalau umi lepas, abang yang nombor dua tu lepas atau tidak?" soal Uyaina.

Jawapan ringkas diberikan abang Uyaina iaitu lepas sambil mengangkat ibu jari sebagai tanda okay dan bersetuju.

Sebelumnya, Raja Syahiran membuat kejutan apabila muncul sebagai penghantar makanan Foodpanda dengan menyerahkan sejambak bunga kepada Uyaina sebelum menjemput masuk ibu dan abangnya.

Raja Syahiran berkata, kejutan dibuat lebih kepada untuk menunjukkan keakraban dalam keluarga.

"Saya dapat bantuan daripada pihak produksi. Kita buat ini bukan lebih kepada kejutan, tapi nak tunjuk keakraban dan segalanya mengenai keluarga. Sebab sekarang ini semua sedang 'struggle' kerana Covid-19. Jadi, nak bawa balik asas kekuatan kita adalah keluarga," katanya. 

Disiarkan pada: December 31, 2020 @ 10:31am
d