rap

'Salah ke jual pisang?' – Saharul Ridzwan

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon Saharul Ridzwan terkilan dengan sikap sesetengah individu yang memandang rendah cara mencari rezeki dengan menjual pisang di gerai. 

Saharul menerusi Instagram menegaskan bahawa apa juga usaha yang membawa rezeki halal tidak patut dipandang rendah. 

"Lagi berapa jam saja nak masuk 2021. Apa masih ada ke pemikiran begini? Tak apalah. Asal barang jadi rezeki, rezeki halal. Kita usaha ke arah itu," tulisnya. 

Dalam hantaran itu, Saharul turut berkongsi tangkap layar mesej yang diterima daripada individu tidak dikenali. 

"Dah tak ada 'job' (tawaran berlakon) sampai jual pisang. Tak malu ke jual dekat gerai macam tu? Kalau I artis, I tak jual dekat gerai macam tu," tulis individu itu. 

Hantaran itu mendapat hampir 8,000 tanda suka di samping ratusan komen daripada netizen. 

Disiarkan pada: December 31, 2020 @ 6:45pm
d