rap

Penyanyi dangdut Indonesia meninggal dunia

Oleh Agensi

Jakarta: Penyanyi dangdut Indonesia, Chacha Sherly, 29, meninggal dunia semalam selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, kelmarin.

Berita itu disahkan pengurusnya, Chorus Okky yang jelas sangat sedih dengan pemergian penyanyi kendaliannya itu.

Menurut laporan, kemalangan itu berlaku di Kilometer 428 berhampiran Tol Semarang - Solo, di sini, kelmarin.

Bekas anggota kumpulan terkenal Trio Macan itu menghembuskan nafas terakhir keesokannya selepas koma akibat kemalangan itu.

Ketika kejadian, sebuah kenderaan dilaporkan hilang kawalan sebelum berpusing dan terbabas. Enam kenderaan yang mengikuti di belakang kemudian merempuh kenderaan itu termasuk kereta dinaiki Chacha.

Menurut polis, penyanyi terbabit antara dua daripada mangsa kemalangan itu yang parah dan dikejarkan ke hospital selepas itu.

Chacha pernah menganggotai kumpulan Trio Macan pada 2011 sebelum bergerak sebagai penyanyi solo pada Oktober 2019. Antara lagu popular nyanyiannya adalah Ah Kamu (Anumu).

Disiarkan pada: January 6, 2021 @ 12:15pm
d