rap

Donnie Yen jadi duta bomba

Oleh Agensi

Hong Kong: Pelakon aksi, Donnie Yen, 57, dilantik Duta Imej Antarabangsa untuk Jabatan Bomba Hong Kong bagi menaikkan imej jabatan itu di peringkat antarabangsa, hari ini.

Sewaktu acara perlantikan, Yen menerima sijil daripada pengarah jabatan itu, Joseph Leung yang berlangsung di Fire and Ambulance Services Academy di Pak Shing Kok, Tseung Kwan O, di sini.

Yen berkata, dia sangat terharu dengan penghormatan berkenaan. Dia juga berkongsi bakal merakamkan sebuah lagu buat pertama kali dalam hidupnya untuk kegunaan video promosi jabatan itu.

Leung pula berkata, pemilihan Yen dibuat berdasarkan imej heronya yang cukup kuat sekali gus tepat bagi menggambarkan integriti jabatan bomba.

"Dedikasinya terhadap kerja dan sentiasa mencari kesempurnaan menjadi profesional kebetulan sama dengan semangat jabatan kami yang sentiasa mahu jadi terbaik dan cemerlang.

"Dengan sebuah perspektif dan reputasi antarabangsa, Duta Imej Antarabangsa yang baharu ini akan membantu promosikan komitmen dan kewibawaan kami menerusi pelbagai media serta platform," katanya.

Disiarkan pada: January 14, 2021 @ 3:39pm
d