rap

Selebriti AS sokong Joe Biden

Oleh Agensi

Los Angeles: Pelantikan Joe Biden dan Kamala Harris menjadi Presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) disambut gembira oleh selebriti terkenal Hollywood.

Mereka beramai-ramai turut menyaksikan pelantikan itu di televisyen sambil menyatakan sokongan masing-masing.

Antara yang berbuat demikian ialah penulis dan penerbit drama Shonda Rhimes yang menyiarkan aktiviti keluarganya menyaksikan pelantikan Biden bersama-sama.

Penyanyi Demi Lovato pula menyifatkan pelantikan Biden adalah kesempatan untuk AS kembali bersatu dan memperbaiki keadaan selepas berpecah belah kerana perbezaan politik.

Manakala, pelakon Kerry Washington memberikan penghormatan khusus kepada Kamala yang secara rasmi menjadi Naib Presiden AS.

Kamala menjadi wanita berkulit hitam dan keturunan Asia Selatan pertama dalam sejarah negara terbabit sebagai Naib Presiden AS.

Selebriti terkenal Oprah Winfrey pula menangis melihat detik luar biasa yang disaksikannya.

Penyanyi terkenal kelahiran Barbados, Rihanna juga tidak ketinggalan menyatakan sokongannya.

Dia memuat naik gambarnya

mengangkat plastik dan mengulangi ucapan Kamala ketika meraih kemenangan bersama Biden pada Pilihanraya Presiden AS 2020.

"Saya di sini hanya untuk membantu," kata Rihanna dengan tanda pagar #wediditJoe.

Tidak ketinggalan melahirkan kegembiraan ialah pelakon Mark

Ruffalo yang mengecam kepimpinan Donald Trump sebelum ini yang disifatkan amat teruk.

Biden, adalah bekas Naib Presiden era Barack Obama diangkat sebagai Presiden AS ke-46 selepas mengalahkan Trump dalam pemilihan umum pada November lalu.

Disiarkan pada: January 21, 2021 @ 1:30pm
d