rap

Roy masuk hospital

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Banting: Penyanyi lagenda, Roy dimasukkan ke wad di Hospital Banting, di sini, tengah malam tadi akibat sesak nafas.

Roy, 57, atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi berkata, hasil pemeriksaan terdapat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Pada mulanya saya mengalami sesak nafas. Jadi, saya ke klinik swasta untuk dapatkan rawatan. Namun, doktor yang bertugas mencadangkan saya untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital berdekatan.

"Disebabkan itu, saya terus ke Hospital Banting. Saya fikir hanya sesak nafas biasa, tapi hasil pemeriksaan saya dimaklumkam terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. Saya terus dimasukkan wad untuk rawatan lanjut.

"Sekarang ini pun saya masih rasa sesak nafas. Nak bercakap banyak pun tak larat sangat. Memandangkan ia adalah jangkitan kuman, jadi perlukan rawatan segera. Cuma tidak tahu berapa lama akan ditahan," kata penyanyi lagu Kau Ratnaku dan Diari Mimpi itu kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Roy yang juga bekas peserta program Gegar Vaganza musim keenam berkata, dia turut menjalani ujian saringan Covid-19.

"Semalam saya juga sudah buat ujian saringan dan masih menunggu keputusan. Kalau positif, saya akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh pula. Tapi harapnya tidaklah. 

"Ini kali pertama saya kena. Sebelum ini tidak pernah. Malah, saya juga tidak ada sebarang penyakit kronik. Apa pun, doakan semoga saya diberikan kesembuhan segera," katanya.

Disiarkan pada: January 23, 2021 @ 3:48pm
d